Senior, junior kongsi pengalaman di KMB
BANTING, 6 Januari – Sementara menantikan program Jalinan Ukhuwah yang bakal bermula pada sebelah malamnya, beberapa orang penuntut universiti di Australia yang sedang bercuti di tanah air mengambil peluang singgah sebentar di Kolej MARA Banting untuk bersua muka dengan junior-junior di sana.
Penuntut yang hadir rata-ratanya adalah bekas pelajar kolej tersebut.
Selain bertemu muka, sesi perkongsian pengalaman dan tips belajar di luar negara turut dicurahkan secara ringkas oleh para senior.
Banyak pesanan dan harapan turut disampaikan kepada para junior di sini. Mohamad Afiq Syazwan, salah seorang senior yang hadir mengharapkan pelajar-pelajar di kolej-kolej persediaan mesti meletakkan sasaran yang tinggi untuk peperiksaan, bukan sekadar berpuas hati dengan markah minima sahaja.
“Jiwa pelajar kena besar, maka setiap perkara yang dibuat mesti dibuat dengan bersungguh, kerana itulah akhlak seorang Muslim,” ujar beliau lagi.
Khusus buat mereka yang bakal fly dalam masa terdekat ini pula, Afiq menambah:
“Cari dan bentuk lingkungan kawan (circle of friends) yang salingmembantu ke arah pembaikan mengikut aturan sunnah alam, peribadi kita akan dibentuk oleh persekitaran.”

Tweet This
Share on Facebook
Digg This
Save to delicious
Stumble it
RSS Feed
