Monday, September 6, 2010

Tautan Ukhuwwah : Di mana bumi dipijak, di situ islam dijunjung

[ July 23, 2010 to July 25, 2010. ] TAUTAN UKHUWWAH : DI MANA BUMI DIPIJAK,
DI SITU ISLAM DIJUNJUNG

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI, MARI SERTAI KAMI!!!

Forum ‘Gateway to Overseas’

May 18, 2010 by admin  
Filed under Program Pre-Departure

Shah Alam, 6 Mei – Pihak Sekretariat Perhubungan Luar Negara ISMA (SEKTAR) dengan kerjasama American Top University Students Association (ATUSA) INTEC telah berjaya menganjurkan forum ‘Gateway to Overseas’. Forum yang julung-julung kalinya diadakan di INTEC ini menampilkan dua orang ahli panel undangan, Ustaz Fauzi Asmuni yang merupakan Naib Presiden II ISMA dan Dr. Nik Nathasha [...]

Tautan Ukhuwwah 2010

[ July 23, 2010 to July 25, 2010. ]
Generasi silih berganti… Para pelajar terus diberi peluang oleh negara untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara…
“Apa barang-barang yang nak kena bawa?”
“Macam mana nak solat dalam flight ek?”
“Bestnya solat atas rumput…”
“Rasa macam nak jumpa senior-senior la sebelum fly…”
Nantikan kemunculannya, 23-25 Julai ini…
Tautan Ukhuwwah 2010

Di mana bumi dipijak… Di situ Islam dijunjung…
Khusus untuk bakal pelajar ke luar [...]

Selangkah Ke Bumi Anbiya’ (SKBA) 2010

30 April 2010, Kuala Selangor – Sekretariat Antara Antarabangsa Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah berjaya menghasilkan program Selangkah Ke Bumi Anbiya’ (SKBA) 2010 di KEM MEGA KRISTAL, Kuala Selangor. Program ini buat pertama kalinya telah dilaksanakan di KEM MEGA KRISTAL, Kuala Selangor dan akan berlangsung selama 3 hari 2 malam. Kehadiran peserta telah mendapat sambutan [...]

SKBA Kini Di Selatan

11 April 2010, Johor Bahru-  Sekretariat Antara Antarabangsa Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional cawangan Negeri Johor telah berhasil menjayakan program Selangkah Ke Bumi Anbiya’ (SKBA) di Dewan Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Program yang julung kalinya diadakan di Zon Selatan ini mendapat sambutan yang menggalakkan di mana 30 [...]

Majlis Wida’ Pelajar KMB

April 11, 2010 by admin  
Filed under Program Pre-Departure

“Nekad Perjuangkan Agama” Seru Naib Presiden II pada Majlis Wida’ Pelajar KMB
Sepang, 4/4/2010 – Ust Fauzi Asmuni, Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah dijemput berucap pada Majlis Wida’ Pelajar-Pelajar Kolej MARA Banting. Dalam sesi tersebut, beliau menyedarkan bahawa masalah-masalah yang melanda negara tidak akan selesai sekiranya ummat Islam sekadar berdiam diri. Maka, beliau [...]

Kelas Persediaan Pra Azhar Siri ke-3

4 April 2010, Shah Alam – Kelas Persediaan Pra Azhar siri ke 3 anjuran Biro Sekretariat Antrabangsa Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) sekali lagi telah Berjaya diadakan dengan jayanya. Kelas ini telah diadakan di kelas serbaguna Masjid Ubudiyyah Seksyen 19, Shah Alam dan telah dihadiri para peserta yang datang dari sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Program telah bermula [...]

Siri pertama Kelas Pra-Azhar 2010 berjaya diadakan

17 Januari, Shah Alam – Kelas Pra-Azhar anjuran Sekretariat Luar Negara ISMA yang telah dimulakan sejak tahun 2008 telah berjaya diadakan  baru-baru ini untuk sesi tahun 2010, bertempat di Dewan Masjid Ubudiyah, Seksyen 19, Shah Alam. Ia merupakan siri pertama dari empat siri yang bakal diadakan oleh pihak penganjur sepanjang sesi tahun 2010 ini.
Kelas ini [...]

Program Semai Mesra 2010 melabuhkan tirai

February 2, 2010 by admin  
Filed under Program Pre-Departure, SEMAI MESRA

Shah Alam, 10 Jan – Alhamdulillah, Program Semai Mesra 2010 telah melabuhkan tirainya pada hari Ahad 10 Januari yang lalu. Program yang diadakan selama 3 hari 2 malam bertempat di Taman Pertanian, Bukit Cerakah Shah Alam, telah berjaya mengumpulkan lebih 150 orang peserta yang akan ke luar negara, dan mereka telah disertai barisan fasilitator yang [...]

Program Semai Mesra 2010

January 4, 2010 by admin  
Filed under Program Pre-Departure, SEMAI MESRA

[ January 5, 2010; 3:00 pm; ]

LOKASI, TARIKH & BAYARAN
Lokasi: Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam (dahulu dikenali sebagai Bukit Cerakah)
Tarikh: 8-10 Januari 2010 (kumpul antara 3pm-5pm Jumaat -bersurai 2.30pm Ahad)
Bayaran: RM50 (utk aktiviti, makanan dan penginapan selama 3 hari 2 malam)
BAGAIMANA PERJALANAN PADA HARI JUMAAT, 8HB JANUARI?

Tiap-tiap tahun, peserta-peserta akan hadir dengan 2 cara – samada dengan kenderaan [...]

Next Page »

Houston

India

Australia

Malaysia

Mesir

Korea Jepun

UK Eire