Saturday, July 31, 2010

Perkhemahan Musim Panas ISMA-Mesir

May 10, 2009 by admin  
Filed under ISMA Mesir, JALINAN Luar Negara

Jul ’09
3
10:00 pm

pmpi09iklan

Assalamualaikum sahabat sekalian…
Sudah merancang cuti musim panas tahun ini? Pastinya ramai yang sudah berkira-kira memanfaatkan cuti ini sebaiknya. Apa kata bersama kami di Perkhemahan Musim Panas ISMA-Mesir – PMPI 2009? Kali ini dengan tema yang cukup menarik- “WARNAI HIDUPMU DALAM IKATAN PERSAUDARAAN. Anda berminat?

Tahun ini kita berkampung di Marsa Matruh! Salah satu kawasan pelancongan yang tersohor dengan keunikan pantai dan lautnya. Deruan ombak dan desir angin… kicau camar laut, pastinya memberikan kepuasan dalam kita mentadabbur kekuasaan Yang Maha Mencipta!

3 hingga 7 Julai 2009 (rakan siswa) & 6 hingga 10 Julai 2009 (rakan siswi) - kosongkan jadual cuti anda sepanjang tarikh itu dan pastikan bersama kami memanfaatkan cuti musim panas, beriadhah sambil berukhuwwah!

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda – pelbagai permainan pantai, indoor games, Malam Pentas Budaya, Iron-Chef, Jelajah Matruh dan menarik tahun ini- sesi perkongsian dengan penuntut dari luarnegara, pastinya banyak yang ingin dikongsi bersama!

Semua itu dan banyak lagi dengan hanya LE 250. Jangan tunggu lagi, ayuh daftar segera! Tempat adalah terhad!

Kita jumpa di sana!

Comments

One Response to “Perkhemahan Musim Panas ISMA-Mesir”
  1. mad says:

    knape buat awal sangat???
    budak2 tibb alex baru je start exam bulan 7 tu…
    hmmm…

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

Houston

India

Australia

Malaysia

Mesir

Korea Jepun

UK Eire