Program Semai Mesra 2010
January 4, 2010 by admin
Filed under Program Pre-Departure, SEMAI MESRA
| Jan |
| 5 |
| 3:00 pm |
LOKASI, TARIKH & BAYARAN
Lokasi: Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam (dahulu dikenali sebagai Bukit Cerakah)
Tarikh: 8-10 Januari 2010 (kumpul antara 3pm-5pm Jumaat -bersurai 2.30pm Ahad)
Bayaran: RM50 (utk aktiviti, makanan dan penginapan selama 3 hari 2 malam)
BAGAIMANA PERJALANAN PADA HARI JUMAAT, 8HB JANUARI?
Tiap-tiap tahun, peserta-peserta akan hadir dengan 2 cara – samada dengan kenderaan sendiri atau dengan pengangkutan awam. Berikut cara-cara hendak ke Semai Mesra:
1. Kenderaan persendirian
· Jika dari K.Lumpur, ambil Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) menghala ke Klang.
· Selepas Plaza Tol Batu Tiga, ambil susur keluar yang ketiga menuju Bulatan Melawati/Persiaran Tengku Ampuan.
· Di bulatan itu, ambil exit ke kanan menuju Persiaran Kayangan.
· Terus sahaja pada Persiaran Kayangan.
· Anda akan berjumpa dengan satu lagi bulatan – ambil exit terus kedepan
· Terus lagi pada Persiaran Kayangan menuju Seksyen 8.
· Selepas beberapa lampu isyarat, anda akan dapat melihat papan tanda menuju Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam. Belok kanan memasuki Jalan Liku 8/1.
· Terus pada Jalan Liku 8/1 sehingga anda sampai pada perkarangan kawasan letak kereta.
· Jika anda membawa kereta sendiri, anda akan diminta untuk membayar RM1 untuk parking.
· Jika ibubapa anda yang menghantar, katakan anda datang hanya untuk diturunkan – untuk mengelak dari perlu membayar RM1.
· Jika sesat, boleh ikut papan tanda menuju Seksyen 8. Di Seksyen 8, anda akan mendapati papan tanda ke lokasi Semai Mesra. Atau boleh sahaja menghubungi wakil-wakil kami.
· Diharapkan anda dapat merancang masa perjalanan anda supaya tiba disitu antara jam 2.45pm-3.30pm. Disertakan sekali map ke lokasi Semai Mesra.
2. Pengangkutan awam
· Naik komuter (KTMB) pada mana-mana stesen dan turun di Stesen Padang Jawa.
· Setibanya di stesen Padang Jawa, anda akan dapati wakil-wakil kami disana menantikan kehadiran anda untuk dibawa ke lokasi program.
· Jika tiada sesiapa disana, boleh hubungi wakil-wakil kami:
o Brothers – Hafiy Hazmi (013-3710334)
o Sisters – Hanan (019-2670488)
· Diharapkan anda dapat merancang masa perjalanan anda supaya tiba di stesen Padang Jawa antara jam 3.00-4.00pm.
APAKAH TENTATIF SEMAI MESRA?
8 Jan (Jumaat)
3.00ptg : Ketibaan peserta & Pendaftaran
4.00 : Minum petang – Solat Asar – Riadah
6.30 : Khidmat diri – Makan malam – Solat Maghrib & Suai kenal
8.30 mlm : Solat Isyak
9.00 : Opening Ceremony – Ada Apa Dengan OZNZ
11.00 : Minum malam – Kembara mimpi
9 Jan (Sabtu)
5.30pg : Solat Subuh & Motivasi pagi
6.40 : Khidmat diri – Sarapan pagi
8.30 : Slot 1 – Fair Dinkum Muslim! (oleh Zaizul Azizi b Zaman, BEng Chemical Uni of Melbourne Class of 2004)
10.30 : Minum pagi
11.00 : Team Building 1 – Icebreaking
1.00tghr : Makan tengah hari & Solat Zohor
2.15ptg : Team Building 2 – Let’s Get Together
5.00 : Solat Asar
5.30 : Petang Jalinan
7.00 : Khidmat Diri – Makan malam – Solat Maghrib & Tazkirah
8.30mlm : Solat Isyak
9.00 : Slot 2 – Forum Perdana: Hujan Emas di Negeri Orang
Ikram Badaruddin : HR Manager, Bank Negara, Accounting Uni of Melbourne Class of 1999
Dr Norsyarifah Hashim : HKL, MBBS Monash Uni Class of 2007
Azmir Razli : 4th Year B.Ed TESOL Sydney
Mus’ab Umayr : 4th Year MBBS Uni of Otago, New Zealand
11.00 : Minum malam – Kembara mimpi
10 Jan (Ahad)
5.30pg : Solat Subuh & Motivasi Pagi
6.40 : Khidmat Diri & Sarapan pagi
8.30 : Slot 3 – Fiqh f Travellers (oleh Ust M Fauzi Asmuni, Naib Presiden II ISMA)
11.00 : Bengkel FOT – Know Your Seniors
12.00 : Majlis penutup
1.00tghr : Solat Zuhur & Makan tengah hari
3.00ptg : Salam perpisahan & Bersurai
Seperti yang tertera pada tentatif, pada jam 3.00pm (10hb) semua peserta boleh bersurai dan memulakan perjalanan kembali ke kediaman masing-masing. Kami menyediakan perkhidmatan penghantaran ke Stesen KTM Padang Jawa pada sesiapa yang perlu. Bagi yang akan diambil oleh ibubapa, boleh nyatakan pada mereka untuk tiba sekitar jam 2.30pm-3.30pm dan tunggu di kawasan letak kereta.
APA YANG PERLU SAYA BAWA KE PROGRAM?
Di lokasi, anda akan ditempatkan di salah sebuah rumah, yang dapat menampung seramai 10-20 orang bagi sebuah rumah. Jika anda pernah ke sana, kita akan mendiami Kg Idaman. Berikut senarai barang-barang keperluan yang perlu anda bawa:
Pakaian Casual (2 atau 3 pasang) – untuk sesi suai kenal, forum, slot-slot dan bengkel
Pakaian Sukan (termasuk kasut) – untuk sesi riadah dan team building
Toiletries & Tuala
Pen dan buku catatan
Sleeping bag/selimut (jika ada) – optional
Bantal – optional
Ubat-ubatan – jika anda ada masalah kesihatan yang perlu dijaga
Diharapkan para peserta memerhatikan batas-batas aurat dan membawa pakaian yang sopan dan sesuai. Juga diharapkan supaya para peserta meminimakan dalam membawa barang-barang yang berharga seperti barang kemas atau barang-barang elektronik.
Sekian dulu dari kami. Diharapkan informasi ini dapat membantu anda dalam membuat persediaan untuk tiba di Program Semai Mesra dengan selamat, insyaAllah. Jika ada apa-apa kemusykilan atau sebarang pertanyaan lagi yang tidak dijawab, boleh hubungi wakil-wakil kami Norzafry 019-6611783 atau Aishah 019-6611782. Sila layari bloq web semai mesra
Semoga bertemu kita di Program Semai Mesra!










