Sunday, September 5, 2010

JALINAN 2010: A Summer To Remember!

March 2, 2010 by rusmanarief  
Filed under Program Cuti Musim Panas

Alhamdulillah, Jalinan Ukhuwwah (JALINAN) Edisi Ke-4 telah selamat berlangsung pada 22 – 24 hb Januari 2010 yang lalu. Program anjuran Sekritariat Luar Negara (SEKTAR), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) ini bertujuan meraikan dan mengukuhkan ikatan silaturahim antara warga ISMA dari kalangan pelajar luar negara khususnya dari Australia dan New Zealand. Jumlah kehadiran adalah kira-kira 100 orang peserta lelaki & perempuan. Peserta dari kalangan pelajar dari South Korea turut hadir memeriahkan program. Berbanding siri-siri JALINAN yang biasa diadakan di Kem Sg Gadong, Negeri Sembilan, JALINAN kali ini memecahkan tradisi dgn mengubah tempat program ke Impian Country Resort, Hulu Langat, Selangor.

JALINAN kali ini menampilkan keistimewaan & kelainannya tersendiri. Ini termasuk tema & objektif, pengisian-pengisian, aktiviti-aktiviti, juga lagu tema “Jalinan Ukhuwwah” yang ditulis & dinyanyikan sendiri pihak penganjur. “Kita mahu jadikan JALINAN kali ini satu program yang memberi makna besar kepada cuti musim panas anda,” kata pengarah program, Aizuddin Khalid dalam ucaptama beliau.


JALINAN siri ini menampilkan pengisian-pengisian yang lebih menjurus kepada memperkenalkan fikrah ISMA dan peranan mahasiswa dalam mendokong Islam di dalam dan luar negara. JALINAN membawakan tokoh-tokoh kepimpinan ISMA yang hadir menyampaikan ucapan, ceramah, pengisian dan menjadi ahli panel forum. JALINAN bermula dengan ceramah Mejar Nadzri Munsman, Pengerusi Kelab Remaja ISMA (KRIM) yang membentangkan halatuju seorang Muslim. JALINAN turut menampilkan Ust Fauzi Asmuni, Naib Presiden II ISMA, yang memaparkan Malaysia dari jendela dunia dan peranan Islam yang sepatutnya menjadi identiti negara. Forum pada malam kedua berlangsung dengan kehadiran Yang Berbahagia Ustaz Azizee Hassan (YDP ISMA Seremban), Dr Zainur Rashid serta Setiausaha Agung ISMA, En Aminuddin Yahya sebagai panel jemputan bagi membicarakan tentang peranan yang perlu dimainkan oleh mahasiswa Malaysia di luar negara dalam memperjuangkan halatuju bangsa dan agama. Ust Abdul Halim Abdullah, Naib Presiden ISMA turut hadir pada hari terakhir untuk sesi perkongsian pengalaman sebagai seorang pendakwah & professional.

JALINAN kali ini turut menyaksikan pelbagai aktiviti teambuilding unik yang pertama kali dimainkan, seperti menyumpit, clothball, dan sebagainya. “..Out of this world!” kata Saudara Lufti, salah seorang AJK program, merujuk kepada acara-acara baru. Para peserta juga dibawa mengembara ke hutan (khusus untuk peserta perempuan) dan bermandi-manda di sungai berdekatan. Para peserta teruja dan berpuashati dengan aktiviti yang dilangsungkan dan keluar dengan wajah ceria dan nafas ukhuwah yang baru dikalangan mereka.

Program JALINAN ditutup secara rasmi oleh Yang Berbahagia Tuan Hj. Abdul Rahman Md Dali, yang merupakan Timbalan Presiden ISMA. Beliau menutup program dengan mengetengahkan fikrah Hasan Al-Banna dalam melakar agenda bangsa.

Dengan tag-line “..a summer to remember!”, diharap para peserta JALINAN benar-benar menggarap objektif-objektif, idea-idea serta anjakan-anjakan yang ditonjolkan dalam program ini dan dijadikan sebagai bekalan dan asas kehidupan mereka sebagai Muslim.

Lagu: Jalinan Ukhuwwah
Nyanyian: Sohwah
Lirik: Addin

Kini telah tiba saat dan waktu
Pertemuan yang telah kunanti
Untuk bersua denganmu
Teman yang lama kurindu

Kugembira, kau tersenyum
Warna-warni persahabatan
Kita mesra, setia
Untuk kemanisan iman

Mari Bersama
Jalinan Ukhwah
Bersama kita tautkan hati
Moga cinta dan kasih bersemi

Di dalam
Jalinan Ukhwah
Bersama kita teguhkan janji
Moga kita bertemu kembali
Jalinan Ukhwah

Walau terpisah jarak & waktu
Namun kita tetap bersatu
Dalam doa, harapan
Menuju cita-cita kita

Video Program

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

Houston

India

Australia

Malaysia

Mesir

Korea Jepun

UK Eire