Sunday, September 5, 2010

PMPI 2010 : Pemuda Hari Ini, Impian Hari Esok

May 12, 2010 by admin  
Filed under ISMA Mesir, JALINAN Luar Negara

JulJul
1215

‘Pemuda Hari Ini, Impian Hari Esok’. Itulah tema bagi PMPI 2010. Golongan pemuda adalah terdiri daripada mereka yang berusia antara 15 hingga 40 tahun. Mereka adalah aset penting dalam pembangunan sesebuah tamadun.

Sehubungan itu, mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang berada di Bumi Anbiya’ ditaruhkan harapan besar bagi memimpin Malaysia pada masa akan datang. Kesungguhan dan semangat yang dimiliki perlu dipandu dengan kefahaman Islam yang komprehensif dan matlamat hidup yang jelas. ISMA-Mesir yakin jika semua pelajar Malaysia yang berada di Mesir ini pulang ke tanah air, mereka akan memberi impak positif kepada pembinaan masyarakat, dengan syarat peranan selaku pemuda pemudi Islam tidak diabaikan.

Perkhemahan ini merupakan acara tahunan ISMA-Mesir di bawah kelolaan Biro Sukan dan Kebudayaan. Isu pemuda menjadi fokus pada tahun ini. Antara objektif lain ialah mengeratkan ikatan silaturrahim di kalangan para peserta, di samping memahami betapa luasnya konsep ibadah di dalam Islam.

Perkhemahan ini bakal berlangsung di pantai Ra’s Sudr, kira-kira 60 kilometer selepas melepasi terowong Ahmad Hamdi di daerah Suez. Ra’s Sudr mempunyai tarikan yang tersendiri iaitu pantai yang bersih dan air laut yang jernih serta kedinginan angin Laut Merah. Bersesuaian dengan cuti musim panas, PMPI 2010 menjadi pilihan mereka yang tidak berhajat untuk pulang bercuti di Malaysia.

Bermula 11 Julai sehinggalah 15 Julai 2010, para peserta akan dibahagikan ke dalam 12 kumpulan dan akan bersaing sesama mereka di dalam aktiviti-aktiviti yang akan dipertandingkan. Antaranya Iron Chef, malam kebudayaan, bola pantai, polo air, pertandingan fotografi dan lain-lain. Kesemua aktiviti disusun bagi mencapai fokus utama PMPI kali ini, iaitu memahami peranan selaku pemuda Islam.

Inilah kelainan dan kelebihan PMPI yang perlu dirasai bersama.

Ayuh, sama-sama kita hubungi AJK Pendaftaran dan jangan lupa mengajak teman baik anda bersama.

INFO lanjut, sila layari ISMA Mesir

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

Houston

India

Australia

Malaysia

Mesir

Korea Jepun

UK Eire