Sunday, September 5, 2010

Forum ‘Gateway to Overseas’

May 18, 2010 by admin  
Filed under Program Pre-Departure

Shah Alam, 6 Mei – Pihak Sekretariat Perhubungan Luar Negara ISMA (SEKTAR) dengan kerjasama American Top University Students Association (ATUSA) INTEC telah berjaya menganjurkan forum ‘Gateway to Overseas’. Forum yang julung-julung kalinya diadakan di INTEC ini menampilkan dua orang ahli panel undangan, Ustaz Fauzi Asmuni yang merupakan Naib Presiden II ISMA dan Dr. Nik Nathasha Hani Isahak, aktivis Wanita ISMA.

Forum ini mengambil tempat di Kolej Cemara INTEC dan berlangsung kira-kira 1 jam setengah. Alhamdulillah, program ini telah berjaya dihadiri kira-kira seramai 250 orang pelajar, terdiri daripada pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke pelbagai negara.

Seperti yang dijadualkan, forum bermula jam 9.15 malam dengan pelbagai soalan yang telah diajukan oleh moderator forum yang merangkumi segala persiapan dan pemasalahan yang pelajar-pelajar harus tahu sebelum mereka melangkah ke luar negara. Dr. Nik dan Ustaz Fauzi, selaku bekas pelajar yang pernah menuntut di luar negara telah berjaya menjawab dan menghurai segala persoalan dengan baik dan jelas.

Soalan bertalu-talu ditujukan kepada kedua-dua ahli panel semasa sesi soal jawab. Ini menunjukkan para pelajar amat berminat dan bersungguh untuk mengetahui lebih lanjut tentang segala hal yang bakal mereka tempuhi di luar negara kelak. Dapat dilihat di akhir forum para pelajar berpuas hati dengan jawapan-jawapan ahli panel yang padat dan mudah difahami.

Program ini diakhiri dengan penerangan serba sedikit oleh Ustaz Fauzi Asmuni mengenai program Summer Retreat in Malaysia (SRiM) bagi pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Pihak penganjur juga  mngedarkan pamplet dan menayangkan video mengenai program SRiM tersebut yang akan diadakan 16-18 Julai ini.

Mudah-mudahan program ‘Gateway to Overseas’ ini mampu membuka seribu peluang lagi kepada pihak ISMA untuk mengadakan lagi program seumpama ini di INTEC. Jazakallah diucapkan kepada semua yang terlibat. Hanya Allah swt sebaik-baik pemberi balasan.

Oleh: Riduan Muhammad

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

Houston

India

Australia

Malaysia

Mesir

Korea Jepun

UK Eire