Kenali SEKTAR
Selaras dengan slogan ISMA, “Membangun Umat Beragenda”, Sekretariat Perhubungan Antarabangsa ISMA (SEKTAR) diwujudkan khusus untuk melaksanakan pelbagai program-program kepada bakal penuntut-penuntut Malaysia ke luar negara, dan pelajar Malaysia di luar negara yang pulang bercuti di tanah air yang mampu menguatkan jatidiri dan sahsiah, di samping memperkasa akademik dan laluan kerjaya para pelajar.
Untuk pelajar-pelajar di kolej-kolej persediaan, SEKTAR menyusun pelbagai program berbentuk indoor dan outdoor seperti Study Circle (SC), Seminar Adakah Kau Lupa (AKAL), Ceramah Kerjaya Bersama Senior, Kembara Ukhuwah dan pelbagai lagi.
Bagi mereka yang sedang menanti waktu untuk berlepas ke negara asing untuk menuntut ilmu, SEKTAR turut menyediakan program-program ‘pre-departure’ seperti Program Semai Mesra (PSM), Tautan Ukhuwwah dan Selangkah ke Bumi Anbiya (SKBA) khusus untuk memberi pendedahan dan tips survival akademik dan jatidiri semasa di luar negara kelak.
Tidak dilupakan buat yang pulang bercuti panas di tanah air, SEKTAR merangka program-program menarik seperti Kelas Bahasa Arab, Jalinan Ukhuwah, Kembara Semenanjung dan banyak lagi.


